Followers

Sunday 29 July 2012

i lap u

salam. sekarang nak cite kat angpa, aku suka sangat dengar lagu ni. aishhh..... (keluhan manja) xtau ngape. nama lagu dia 'i lap u'. pape pun, suka sangat najwa latif woot woot~ kakak mu ini akan sentiasa menyokong mu adek. ganbatte gam~  XD







Saturday 28 July 2012

kejadian hari ini =D

salam.. =)
hari ni aku rasa sangat best. sebabnye...?





petang tadi ngah aku basuh pinggan mangkuk, adik aku yang bongsu melolong memekik cakap ayah kol. ayah ngan mak pagi tadi dah kuar sebenarnya pegi melawat sedara kat kedah (specific tempat tak tahu. buta geografi). berikut perbualan aku n ayah tercinta:

aku : kenapa ayah?  (jangan ikut contoh ini. x bagi salam langsung.ish3..  XD )
ayah : cuba tengok gambar ayah hantar
aku : mms ke?
ayah : yelah. mms je.. ayah tak sempat nak beli sampul surat nak pos
aku : jap agi along tengok
ayah : SEKARANG
aku : (dalam hati berdebar-debar. tak kan ayah hantar gambar bakal menantu yang dia suka kot. bukak2 mms, keluar la gambar ni)



mintak maap, ni bukan gambar sebenar ayah aku hantar. tak sempat nak save gambar tu dalam phone. so, aku ambik balik gambar ni setelah beg ni dah sampai umah  =)


perbualan disambung;

aku : buruk la
ayah : hahahaha.. 
aku : design bunga-bunga tu buruk, nampak cam orang tua
ayah : tu je yang nampak cam okeh ckit. yang lain agi nampak cam orang tua
aku : owh yekew.. ( tetiba dapat tangkap sesuatu). ke sebab beg ni je yang ada diskaun. 
ayah : hahahaha (ayah memang sporting =')  )
aku : okeh okeh..boleh la yah. time kasih ayahhhh! (suara lantang+swit ckit) 


terharu kot ayah beli beg baru. swit gler bapak aku beli handbeg belakang aku.aku memang da tak de beg jalan-jalan. niat dalam hati nak simpan beg ni sampai abis degree..hammmbooiihhhh..... 






paren aku sampai je umah, dengan rakus nye ambik beg ni. tanya mak aku bape harga, mak aku pun tunjuk price tag. maakkkk kau mahal nye, lagi tambah terharu bila dapat tau memang beg tu bukan beg diskaun.  ='(     THANKZ DAD!!!! (speaking lepas dapat beg baru.huhu)




Thursday 19 July 2012

rakyat malaysia jujur

salam. sebenarnya dah lama nak wat entry pasal ni. tajuk kat atas ni bukan sindiran atau apa-apa yang sewaktu dengannya. ini adalah pendapat aku atas beberapa kejadian yang aku alami sendiri. *mood; serius, muka ketat...


senyuman dalam ketegasan!! mood tetap serius... =)



kejadian pertama;

pada suatu hari, sang kancil dan sang badak air aku pegi pasar malam dekat taman u area utm gak. dengan kegembiraan yang terpancar di wajah sebab nampak banyak makanan + air cendol, aku tak perasan pun aku tercicir my license card ngan bank card. aku sedar pun bila esok nya operator utm col aku and tanya pasal ni. waktu ni la baru nak cuak+cemas+segala kegelisahan terbit dari wajah. rupanya, ada seorang wanita yang sangat baik hati dah kutip lesen n card bank aku yang dah dipijak orang ramai. beliau juga telah bersusah payah cari fon numb aku n sanggup datang utm untuk cari jejak aku. sangat mengharukan  =')  alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki kak (tak ingat nama) dan bahagia selalu. aminn~



*mintak maaf, ini bukan pasar malam seperti yang diceritakan di atas.. =D



kejadian kedua;

aku rasa sesuatu tak kena. ok FINE!.. aku rasa dah 3 hari aku tak ketemu purse aku. cari kat tempat biasa, kat tempat luar biasa pun cari jugak. ok memang SAH!! purse aku hilang. ingat punya ingat, last time aku bertentang mata ngan beliau (purse) kat mcD 3 hari lepas. terus terlompat lompat mintak kawan sejati aku khairani temankan pegi mcD. sampai je memag hati aku kencang giler cam kera kena belacan. takut kottt klu hilang dah la ada IC, matrik card, dan segala benda kejadah yang dianggap penting ada dalam tu.


ini cempedak gergasi, bukan purse yang dicari tu ye adek-adek..   =')



aku cari kelibat muka yang agak-agak aku boleh tanya sal benda ni. tetiba, ada sorang auntie cleaner yang sama aku penah jumpa 3 hari lepas. pas tanya dia.....FUHH!!! alhamdulillah dia ada simpan kan. memang pas tau tu aku nagis wat drama kat mcD tu. segan tak segan memang tak pikir dah. yang aku tau, aku syukur sangat-sangat.



kejadian 3;

masa tu tengah tunggu mia beli mcD. asal mcD agi.? boooo~ belagak.. aku tunggu la kat belakang sekali orang ngah beratur tu. tetiba, aku ada nampak sorang mamat chinese tercicir duit rm1 waktu dia nak sumbat duit dia dalam poket. aku sebagai manusia kental dan tak tergugat dek duit singgit tu terus lambai-lambai kat dia n tunjuk duit dia yang atas lantai tu. keluh dalam hati... fuhh, jujur nya saya. bersyukur dapat buat kebaikan hari tu.



tengah tunggu duit jatuh dari langit. *sigh, kerja yang sia-sia  =p


selepas tu, tak sampai 5 minit kot, aku blah la dari mcD tu nak pegi ke next destination. tetiba, aku terdengar  ada orang tegur orang yang lain sebab orang yang lain tu tercicir duit rm10 atas lantai. dalam hati, wahhh jujur kok rakyat-rakyat malaysia ni. konklusi yang aku boleh buat selama aku hidup 20 tahun ni, klu kita jujur n orang, insyallah orang sekeliling kita jugak akan jujur n kita. salam   >_<


Monday 16 July 2012

keluarga angkat saya

salam.. di sini, saya ingin mengumumkan saya sudah mempunyai KELUARGA ANGKAT.... =D
asyik.. perasaan dia lain dari ada keluarga sendiri. saya sangat sayangkan mereka sebab tak de sebab.


ikhlas...... dorang sangat ikhlas terima saya dan kak ma walaupun baru je kenal kami. 



bab (ayah) n maa (emak). maa suka sangat senyum beza ngan bab. muka bab je macam garang semacam tapi dia baek sangat sih. 



ini Sa, adik angkat tersayang. baru form 5. suka duduk ngan dia sebab dia sangat sporting dan bila duk ngan dia, saya rasa macam awet muda.wawawawa perasan abes~



mimi.... soe mimi nyusahkan mimi duk antar akak-akakmu yang buat-buat bizi ke tapak aktiviti  =')

  

dua orang agi ni sanggup ponteng sekolah sebab nak hantar kita orang balik. ke ada makna lain ni sebab ponteng sekolah?  =)



ni kawan baik saya yang duk uthm. rumah dia area kawasan ni je. 



ni pun kawan skul menengah gak. soe isa, panas-panas gini kena paksa datang jumpa aku.


ni saja gambar yang ada dalam nset gua,. gambar yang lain suma dalam camera kawan saya. nak tahu cerita lebih lanjut, just wait n see..... =) 




Tuesday 3 July 2012

hepi bufday angah!

salam. esok da kena balik utm. terasa sebak di dada. saya belum habis enjoy + berfoya-foya di rumah. hari ni juga, merupakan bufday adek saya. kita orang panggil dia angah. HEPI BUFDAY ANGAH YG KE-17. semoga diberkati oleh-Nya selalu. amin~~

ayah saya dengan rela hati ingin membelanja kami sekeluarga makan pizza hot~~
semua pakai selipar jepun tapi saya pandai cover kan. tak nampak pun selipar jepun saya  =p




saya dan umi saya dengan gaya ke'poyo'an (tangan disilangkan)



tamak haloba order pizza besar. mari makan sampai lebam.. hoho =0



hepi bufday angah. mintak maaf along beli baju t-shirt murah je ada diskaun kat the store as present. walaupun along selalu kacau angah, paksa angah picit along, susun baju along. tapi tu semua tanda sayang. iye dak...hehehe


Monday 2 July 2012

baju raya baru

salam. saya rasa sediy hari ni. sebab saya dah tahu result 2 subjek untuk exam sem 2 ni. dua-dua teruk. macam mana nak score untuk next sem kos electrical engineering ni. aiissshhhh (sigh)...  ='(

tak apalah, demi menjaga hati yang lara, saya pun berjalan jalan ke kota raya metropolitan kuala kangsar untuk mencari keseronokan. tetiba, ketika dalam The Store, mata saya tertumpu ke arah satu tanda harga diskaun 50% yang menjual baju raya. tanpa melambatkan masa, saya terus menarik narik baju raya itu.


saya dan baju saya


'gilar' kata saya sedikit kuat. baju kurung ini hanya berharga rm39.99 sahaja kalau nak dibandingkan rm70+ harga sebelum diskaun. seterusnya, saya terus berlari anak ke kaunter untuk membuat pembayaran. saya terkedu kerana akak kaunter itu terus memasukkan baju tersebut dalam beg plastik tanpa melipatnya dahulu. hanger pun tidak dibuangnya (ini kisah benar).


serba-serbi hijau (adek beradek sesumpah)

*p/s; cerita diatas diedit sedikit supaya nampak real dan mencemaskan... =)

Sunday 1 July 2012

Give Away by Aliana


klik sini untuk join!!  =D

untung meh kalau join. banyak hadiah hadiah menarik... daripada donggak kepala duk kira bintang. apa salah nya cuba nasib dengan klik link banner kat atas ni. =)

antara hadiah hadiah menarik yang dapat menjololkan biji mata ;

2 orang peserta bertuah akan mendapat
* rm 100 (tunai or topup)
* full edit blog percuma
* promote blog selama sebulan 

2 orang pemenang saguhati
* rm 5 (topup)
* edit blog 

(p/s; Fiza Manan, jom... =p )


DUE CONTEST : 17 JULAI (sempat agi ni, lama agi.hehe)






Oh My English!

salam. haa! merujuk kepada tajuk entry di atas. tahukah anda apakah OH MY ENGLISH?? beliau adalah sebuah rancangan TVIQ dan bertujuan untuk memberansangkan bahasa inggeris kito.

yang menarik tertarik kau memang debom dalam rancangan ni, dia jenis yang simple dan mudah difahami. guru eenglish dia pun sangat la HENSEM pandai menarik perhatian student untuk berbahasa inggeris. bez kan??  =)


segment : LOST

segment : BURNING BREAD

segment : PASS UP


bez ke idok? tonton la setiap hari ahad jam 10 pagi. byeee~  XD