Followers

Tuesday 30 July 2013

Teatree Relaxing Skin Renewal Mask

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. hari ni eksited mak aiiii.. Mana tak nyer mask yang aku order dari cathyjoy dah sampai petang tadi. ayoiiiyoiii riang nyer rasa di hati. Untuk first time trial ni, aku cuba ambik 1 set 'Leader Insolation Skin Renewal Mask Hot Sale 4 x 25ml'. Harga 1 set (4 masks) dan postage semua RM 30.90. Berbaloi- baloi kannnn....




Ni semua brand dari Korea, nak raya ni of course la nak muka catik ayu gitu. 1 set mask ni ada yang untuk teatree (muka berjerawat), untuk tambah cologen, untuk muka bright ala-ala salji gitu, dan lastly untuk aloe soothing (nak hilang gatal kot). Mask ni memang tengah hot giler kat sana (korea) dan menjadi kegilaan ramai gadis-gadis sunti disana. Pewiitttt  =P



Aku rasa macam sama je sebelum and selepas pakai tu. Tapi yelah baru pakai satu kalau nak berkesan pakai dua kali seminggu. Pape pun, feeling eksited gituhh nak try semua mask di atas. Kalau korang ada hajat nak usha-usha, bolehlah ke websites di bawah;



sekian,.........................




Monday 29 July 2013

Persiapan Hari Raya

Assalamualaikum....

Selama cuti panjang yang melampaui kebatasan ni, aku berhajat besaq mahu buat kuih raya sendiri. Nanti dah kawin mesti hubby bangga bini dia boleh buat biskut raya sendiri. *niat sudah tidak ikhlas sebab terdapat unsur riak.



Untuk memulakan destinasi yang panjang ini, aku cuba buat kuih ter simple di dunia iaitu biskut raya cornflakes madu. Sapa yang tak penah dengar atau tak pernah makan biskut ni apalah nikmat anda hidup di muka bumi nie....  *just joking  =P


teng teng TENG tengggggg..... Ini lah hasil nyaaaa...





Oleh sebab aku berperasaan kuih aku ini sangat comel sekali (sebab first time buat), seterusnya aku merancang mahu buat biskut almond landonggg pulak. Aku lah fan numb satu biskut ni, klu tak makan jangan panggil nama aku hafizah.. cehhhhhhh

Tapi, malang tidak berbau. Ku sangka banjir sampai ke petang, rupa nya hanya guruh menyimpang nyior. Kuih kedua yang aku buat tidak cukup syarat. Beliau sangat cacat dan besar. Kalau beliau ada umur panjang, mesti beliau malu mahu meneruskan kehidupan. Berikut ini adalah beliau.......




Pape pun, untuk menghilangkan kesedihan di hati, moohhhh kita shopping raya dulu  =)  sekiannnn......





Tuesday 23 July 2013

Laungan Cinta ~Voice of Men

assalamualaikum......

weeeee~ tinggal kurang sebulan agi mahu jejak kaki ke Korea. Harapan dalam hati mahu jumpa Gary n Ji  hyo. Tengok-tengok time tu jugak dorang datang Malaysia.. Memang sakit hati laah kannn  (T.T)

Tapi dilema mendatang, sebab tak tahu nak pakai apa kat sana, berapa tebal baju kena pakai so tak de lah kena selsema (ecewahhh) , berapa banyak power bank kena bawak agar kamera tak abes bateri (overrrr tahu). So sesiapa yang ada pengalaman tu share-share lah sikit tips ngan aku nie... Sharing is caring u know? i know u all know lah kan.....

Aku pegi sana 8 hari start dari 23.8.13 dan masa tu tak silap aku antara penghujung musim panas dan permulaan musim luruh. so tak delah nak bergambar ngan salji bagai suma tu. Baju pun xde lah tebal sangat pakai kat sana sampai orang tak leh beza kau pakai sweater ke kain langsir kan.

Okay sekarang fokus balik kat entry kita hari ni murid-murid. Siapa ingat entry sebelum ni yang tajuk 'Glamour Skit' tu?......  krik krik krik krik (suasana hening seketika)

Ramai yang tanya link video you tube yang aku berlakon tak bape nak jadi tu. Aku pun sebenarnya baru tahu dah lama keluar cuma aku je yang tak tahu pape (sad case) . Kalau korang ingat lah kan (konpem tak de orang tahu punye), aku pegang watak sebagai ibu muda yang buang anak and nyaris-nyaris kena langgar ngan motor. Tu jeeee... Watak mencapap la kata orangg.....

Selamat Menonton   =)





Sunday 30 June 2013

visit perak 2013

Assalamualaikum.....

AllooooooOO ada orang tak dekat dalam..??  Hehee bapak lamaaaa tak update blog. ini sebab sibuk dengan sem 4 tahun 2 makak jadinye begini kok... Padahal memang life aku yang agak zzzZZZ so tak mau la korang pun berjangkit bosan cam aku jugak.


So sekaranggg ni aku tengah masuk cuti sem 3 bulan punye lama terbaik ahhh. sebagai pemegang status 'penanam anggur' yg berjaya pada abad ini, memang agak hambar lah cuti kali ni. tapi semalam ada pegi jalan-jalan satu famili lawat Gunung Lang, Ipoh, Perak...  BBeeessstttt sangat sebab tempat dia ala-ala fairy tale konsep Malay macam Taman Rekreasi gituhhh....




Gorjesss sangat kan scenery dia.. Macam nak nagis pun ada (booo tipu nampak terloncat-loncat excited nagis pebendaaaa). Hujung-hujung bukit tu kan macam ada hakisan nampak cam ada kapur-kapur gituh. Kat seberang tasik ni ada zoo mini so nak ke seberang kau kena naik bot ni. Murah saja kok dewasa rm 3 kanak-kanak rm 1.50. 



Tak perlu pakai safety jacket tempat dia dekat sangat. Kau tak nak naik bot nak test swimming skill pun bolehhh tapi jangan terkejut kalau terjumpa biawak dalam air tu  =')



Ayah sebelum kejadian......



Ayah selepas kejadian......



simbolik ketenangan.. Tapi nampak posing over kauuu simbolik ke 'hipokrit' tannn....heeeww



My lovely paren omoooo mooooo  <3



Auuww cakk dia ada rumah rehat kayu. Selesa, bersih siap ada kipas agi bukan kena bayar pun. Amacamm ?? tip top kan...



Yeaahhhh say hiiii to nature. And booo to haze *omo tetibe



That all from me.. Until we meet again and thankz for reading peepss.......  =)




Sunday 3 February 2013

glamour Ckit?

assalamualaikum suma-suma..... (harap takde orang nama suma-suma)

sebenarnya, dah lama nak post pasal pengalaman aku yang ni. tapi oleh sebab aku ni bizi orangnya, ada appointment setiap hujung minggu kat pusat karaoke, terpaksalah menunda hasrat ku yang suci minyak sri murni ni sampai ke hari ni.....

traaaaa traaa traaaaa..................................  >bunyi gong dipalu<



cuba teka hidung sapaaakk yang mancung tu??  >krikkk kriikk krikk krikk<

gambar saya la tu. uhuk uhuk >gedikkkk amalan s*tan<



voice of men tu nama satu group nasyid yang baru nak bergiat naik dalam arena muzik tanah air kita ni. dorang ni pernah masuk rancangan realiti tv akademi nasyid tau daakk? aku pun baru je tau lepas tolong dorang ni buat klip video untuk single lagu nasyid dorang ni. yang lagi bangga, semua ni student utm tempat aku studi.



watak aku sobbss sobss sebagai wanita yang buang bayi. kalau ada watak jahat ke hapa aku lah calon yang terbaik dan terunggul di abad ini. oleh kerana aku ni jahat (dalam video klip ni aje okeehh ) aku hampir-hampir kena langgar ngan moto.





so, ni lah first time pengalaman aku kena berlakon ala-ala kena langgar dengan moto betul tapi takde lah excident betul-betul. aku bukan pelakon stunt tu yang main terbang-terbang elak dari kena pisau tu. watak aku hanyalah wanita biasa yang tidak terlepas dari membuat dosa akhirnya memiliki anak luar nikah. astagfilallahhalazim............ <mintak dijauhkan>



pastu yang tak leh lupa, ada lah satu sceen aku kena acting tengah usha anak aku yang dah besar ( dalam umur 6 tahun :rujuk gambar di atas) dekat celah pokok pisang. sekali sebelum direktor jerit action, semut-semut hitam kecik dah merayap dulu naik ke satu badan aku. seksa weeehhh kene gigit dah semut tu kecik-kecik banyak gila geng sekolah dorang.

nilah kru-kru yang terlibat menjayakan klip video tu. yang pakai tudung hitam kat belakang sekali tu juru mekap aku. baru abes satu screen dah periksa make up aku okeh ke tidak. rajin bebenor akak ni ke aku yang tak natural beauty.              > nagis dalam hati sob sobssss <




pape pun kepada anda-anda peminat nasyid kat luar sana, apa salah nya beri support kat team nasyid yang baru nak naik ni dengan like page dorang di 

http://www.facebook.com/VoiceOfMenProduction


trimaaaassss suma.....assalamualaikum  (>.<)v