Followers

Tuesday 30 July 2013

Teatree Relaxing Skin Renewal Mask

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. hari ni eksited mak aiiii.. Mana tak nyer mask yang aku order dari cathyjoy dah sampai petang tadi. ayoiiiyoiii riang nyer rasa di hati. Untuk first time trial ni, aku cuba ambik 1 set 'Leader Insolation Skin Renewal Mask Hot Sale 4 x 25ml'. Harga 1 set (4 masks) dan postage semua RM 30.90. Berbaloi- baloi kannnn....




Ni semua brand dari Korea, nak raya ni of course la nak muka catik ayu gitu. 1 set mask ni ada yang untuk teatree (muka berjerawat), untuk tambah cologen, untuk muka bright ala-ala salji gitu, dan lastly untuk aloe soothing (nak hilang gatal kot). Mask ni memang tengah hot giler kat sana (korea) dan menjadi kegilaan ramai gadis-gadis sunti disana. Pewiitttt  =P



Aku rasa macam sama je sebelum and selepas pakai tu. Tapi yelah baru pakai satu kalau nak berkesan pakai dua kali seminggu. Pape pun, feeling eksited gituhh nak try semua mask di atas. Kalau korang ada hajat nak usha-usha, bolehlah ke websites di bawah;



sekian,.........................




Monday 29 July 2013

Persiapan Hari Raya

Assalamualaikum....

Selama cuti panjang yang melampaui kebatasan ni, aku berhajat besaq mahu buat kuih raya sendiri. Nanti dah kawin mesti hubby bangga bini dia boleh buat biskut raya sendiri. *niat sudah tidak ikhlas sebab terdapat unsur riak.



Untuk memulakan destinasi yang panjang ini, aku cuba buat kuih ter simple di dunia iaitu biskut raya cornflakes madu. Sapa yang tak penah dengar atau tak pernah makan biskut ni apalah nikmat anda hidup di muka bumi nie....  *just joking  =P


teng teng TENG tengggggg..... Ini lah hasil nyaaaa...





Oleh sebab aku berperasaan kuih aku ini sangat comel sekali (sebab first time buat), seterusnya aku merancang mahu buat biskut almond landonggg pulak. Aku lah fan numb satu biskut ni, klu tak makan jangan panggil nama aku hafizah.. cehhhhhhh

Tapi, malang tidak berbau. Ku sangka banjir sampai ke petang, rupa nya hanya guruh menyimpang nyior. Kuih kedua yang aku buat tidak cukup syarat. Beliau sangat cacat dan besar. Kalau beliau ada umur panjang, mesti beliau malu mahu meneruskan kehidupan. Berikut ini adalah beliau.......




Pape pun, untuk menghilangkan kesedihan di hati, moohhhh kita shopping raya dulu  =)  sekiannnn......





Tuesday 23 July 2013

Laungan Cinta ~Voice of Men

assalamualaikum......

weeeee~ tinggal kurang sebulan agi mahu jejak kaki ke Korea. Harapan dalam hati mahu jumpa Gary n Ji  hyo. Tengok-tengok time tu jugak dorang datang Malaysia.. Memang sakit hati laah kannn  (T.T)

Tapi dilema mendatang, sebab tak tahu nak pakai apa kat sana, berapa tebal baju kena pakai so tak de lah kena selsema (ecewahhh) , berapa banyak power bank kena bawak agar kamera tak abes bateri (overrrr tahu). So sesiapa yang ada pengalaman tu share-share lah sikit tips ngan aku nie... Sharing is caring u know? i know u all know lah kan.....

Aku pegi sana 8 hari start dari 23.8.13 dan masa tu tak silap aku antara penghujung musim panas dan permulaan musim luruh. so tak delah nak bergambar ngan salji bagai suma tu. Baju pun xde lah tebal sangat pakai kat sana sampai orang tak leh beza kau pakai sweater ke kain langsir kan.

Okay sekarang fokus balik kat entry kita hari ni murid-murid. Siapa ingat entry sebelum ni yang tajuk 'Glamour Skit' tu?......  krik krik krik krik (suasana hening seketika)

Ramai yang tanya link video you tube yang aku berlakon tak bape nak jadi tu. Aku pun sebenarnya baru tahu dah lama keluar cuma aku je yang tak tahu pape (sad case) . Kalau korang ingat lah kan (konpem tak de orang tahu punye), aku pegang watak sebagai ibu muda yang buang anak and nyaris-nyaris kena langgar ngan motor. Tu jeeee... Watak mencapap la kata orangg.....

Selamat Menonton   =)