Followers

Saturday 30 June 2012

insomnia? tip cara mengatasi

salam. anda menghidapi imsomnia? seperti saya? imsomnia ni adalah penyakit yang mana korang susah sangat nak tido. kalau korang dah bergolek ke kanan sekali, golek ke kiri sekali, pastu TERUS tertido, memang sah korang TAK menghidapi imsomnia.

antara sebab boleh mendorong penyakit ini adalah sebab jadual waktu tido korang yang tak teratur. hari ni tido pukul 5 pagi, esok kul 9 malam, lusa kul 2 pagi. insyallah korang akan menghidapi insomnia. banyak masalah sebab tension studi, atau baru break up ngan bf/gf korang pon antara punca masalah ini.

so, macam mana nak dapat tido yang nyenyak??  =(  persoalan demi persoalan terus bermain di minda. adakah korang ada harapan untuk pulih?

jawapan nya : ya. ada

tip pertama adalah dengan cara bersukan. bukan baru nak tido, baru bersukan. bersukan tu maksudnya pada waktu yang sesuai contohnya pagi atau petang. contohnya, kalau korang main kejar 1 objek bulat sana sini, for sure korang akan rasa penat pada malam harinya. dan majoriti orang yang penat akan mudah tertido. iye dakk... =)

kedua, korang boleh la menghidari dari mengambil kofein. contohnya air kopi cap kapal laut afrika ali cafe dan sewaktu dengan nya. eh eh nak merokok pulak dia malam-malam ni. rokok juga mempunyai kafein yang tinggi ya saudara saudari yang budiman.

ketiga, dengan melakukan aktiviti yang relaks sejam sebelum korang nak tido pun boleh membantu mengatasi imsomnia. buat la aktivit RILEKS yang korang suka seperti mengait baju berbulu, mengumpul setem, tengok rancangan telebtubies. diingatkan supaya tidak menengok rancangan yang berunsur serius seperti berita, perbahasan, drama-drama seharum bunga yang menggoda (seram), aksi, dan apa apa yang boleh mendatangkan cuak.

ke-4, masa korang otw nak tido tu, boleh la menyanyi lagu baa baa black sheep. kalau segan tak apa, kita ada inisiatif lain. mula mula korang selongkar rak buku yang dah berhabuk tu dan cari buku sejarah. tak kisah buku form berapa pun asal buku sejarah yang dicintai. kemudian , baca lah beliau sehingga tertido. tapi kalau tak tido juga sampai ke pagi. terus la juga membaca. bak kata pepatah padi makin berisi makin tunduk ( soe,   cam tak masuk sangat pepatah ni, aku pun rasa =.=' )

sekian, selamat mencuba........  =)


No comments:

Post a Comment