Followers

Tuesday, 30 July 2013

Teatree Relaxing Skin Renewal Mask

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. hari ni eksited mak aiiii.. Mana tak nyer mask yang aku order dari cathyjoy dah sampai petang tadi. ayoiiiyoiii riang nyer rasa di hati. Untuk first time trial ni, aku cuba ambik 1 set 'Leader Insolation Skin Renewal Mask Hot Sale 4 x 25ml'. Harga 1 set (4 masks) dan postage semua RM 30.90. Berbaloi- baloi kannnn....




Ni semua brand dari Korea, nak raya ni of course la nak muka catik ayu gitu. 1 set mask ni ada yang untuk teatree (muka berjerawat), untuk tambah cologen, untuk muka bright ala-ala salji gitu, dan lastly untuk aloe soothing (nak hilang gatal kot). Mask ni memang tengah hot giler kat sana (korea) dan menjadi kegilaan ramai gadis-gadis sunti disana. Pewiitttt  =P



Aku rasa macam sama je sebelum and selepas pakai tu. Tapi yelah baru pakai satu kalau nak berkesan pakai dua kali seminggu. Pape pun, feeling eksited gituhh nak try semua mask di atas. Kalau korang ada hajat nak usha-usha, bolehlah ke websites di bawah;



sekian,.........................




Monday, 29 July 2013

Persiapan Hari Raya

Assalamualaikum....

Selama cuti panjang yang melampaui kebatasan ni, aku berhajat besaq mahu buat kuih raya sendiri. Nanti dah kawin mesti hubby bangga bini dia boleh buat biskut raya sendiri. *niat sudah tidak ikhlas sebab terdapat unsur riak.



Untuk memulakan destinasi yang panjang ini, aku cuba buat kuih ter simple di dunia iaitu biskut raya cornflakes madu. Sapa yang tak penah dengar atau tak pernah makan biskut ni apalah nikmat anda hidup di muka bumi nie....  *just joking  =P


teng teng TENG tengggggg..... Ini lah hasil nyaaaa...





Oleh sebab aku berperasaan kuih aku ini sangat comel sekali (sebab first time buat), seterusnya aku merancang mahu buat biskut almond landonggg pulak. Aku lah fan numb satu biskut ni, klu tak makan jangan panggil nama aku hafizah.. cehhhhhhh

Tapi, malang tidak berbau. Ku sangka banjir sampai ke petang, rupa nya hanya guruh menyimpang nyior. Kuih kedua yang aku buat tidak cukup syarat. Beliau sangat cacat dan besar. Kalau beliau ada umur panjang, mesti beliau malu mahu meneruskan kehidupan. Berikut ini adalah beliau.......




Pape pun, untuk menghilangkan kesedihan di hati, moohhhh kita shopping raya dulu  =)  sekiannnn......





Tuesday, 23 July 2013

Laungan Cinta ~Voice of Men

assalamualaikum......

weeeee~ tinggal kurang sebulan agi mahu jejak kaki ke Korea. Harapan dalam hati mahu jumpa Gary n Ji  hyo. Tengok-tengok time tu jugak dorang datang Malaysia.. Memang sakit hati laah kannn  (T.T)

Tapi dilema mendatang, sebab tak tahu nak pakai apa kat sana, berapa tebal baju kena pakai so tak de lah kena selsema (ecewahhh) , berapa banyak power bank kena bawak agar kamera tak abes bateri (overrrr tahu). So sesiapa yang ada pengalaman tu share-share lah sikit tips ngan aku nie... Sharing is caring u know? i know u all know lah kan.....

Aku pegi sana 8 hari start dari 23.8.13 dan masa tu tak silap aku antara penghujung musim panas dan permulaan musim luruh. so tak delah nak bergambar ngan salji bagai suma tu. Baju pun xde lah tebal sangat pakai kat sana sampai orang tak leh beza kau pakai sweater ke kain langsir kan.

Okay sekarang fokus balik kat entry kita hari ni murid-murid. Siapa ingat entry sebelum ni yang tajuk 'Glamour Skit' tu?......  krik krik krik krik (suasana hening seketika)

Ramai yang tanya link video you tube yang aku berlakon tak bape nak jadi tu. Aku pun sebenarnya baru tahu dah lama keluar cuma aku je yang tak tahu pape (sad case) . Kalau korang ingat lah kan (konpem tak de orang tahu punye), aku pegang watak sebagai ibu muda yang buang anak and nyaris-nyaris kena langgar ngan motor. Tu jeeee... Watak mencapap la kata orangg.....

Selamat Menonton   =)





Sunday, 30 June 2013

visit perak 2013

Assalamualaikum.....

AllooooooOO ada orang tak dekat dalam..??  Hehee bapak lamaaaa tak update blog. ini sebab sibuk dengan sem 4 tahun 2 makak jadinye begini kok... Padahal memang life aku yang agak zzzZZZ so tak mau la korang pun berjangkit bosan cam aku jugak.


So sekaranggg ni aku tengah masuk cuti sem 3 bulan punye lama terbaik ahhh. sebagai pemegang status 'penanam anggur' yg berjaya pada abad ini, memang agak hambar lah cuti kali ni. tapi semalam ada pegi jalan-jalan satu famili lawat Gunung Lang, Ipoh, Perak...  BBeeessstttt sangat sebab tempat dia ala-ala fairy tale konsep Malay macam Taman Rekreasi gituhhh....




Gorjesss sangat kan scenery dia.. Macam nak nagis pun ada (booo tipu nampak terloncat-loncat excited nagis pebendaaaa). Hujung-hujung bukit tu kan macam ada hakisan nampak cam ada kapur-kapur gituh. Kat seberang tasik ni ada zoo mini so nak ke seberang kau kena naik bot ni. Murah saja kok dewasa rm 3 kanak-kanak rm 1.50. 



Tak perlu pakai safety jacket tempat dia dekat sangat. Kau tak nak naik bot nak test swimming skill pun bolehhh tapi jangan terkejut kalau terjumpa biawak dalam air tu  =')



Ayah sebelum kejadian......



Ayah selepas kejadian......



simbolik ketenangan.. Tapi nampak posing over kauuu simbolik ke 'hipokrit' tannn....heeeww



My lovely paren omoooo mooooo  <3



Auuww cakk dia ada rumah rehat kayu. Selesa, bersih siap ada kipas agi bukan kena bayar pun. Amacamm ?? tip top kan...



Yeaahhhh say hiiii to nature. And booo to haze *omo tetibe



That all from me.. Until we meet again and thankz for reading peepss.......  =)




Sunday, 3 February 2013

glamour Ckit?

assalamualaikum suma-suma..... (harap takde orang nama suma-suma)

sebenarnya, dah lama nak post pasal pengalaman aku yang ni. tapi oleh sebab aku ni bizi orangnya, ada appointment setiap hujung minggu kat pusat karaoke, terpaksalah menunda hasrat ku yang suci minyak sri murni ni sampai ke hari ni.....

traaaaa traaa traaaaa..................................  >bunyi gong dipalu<



cuba teka hidung sapaaakk yang mancung tu??  >krikkk kriikk krikk krikk<

gambar saya la tu. uhuk uhuk >gedikkkk amalan s*tan<



voice of men tu nama satu group nasyid yang baru nak bergiat naik dalam arena muzik tanah air kita ni. dorang ni pernah masuk rancangan realiti tv akademi nasyid tau daakk? aku pun baru je tau lepas tolong dorang ni buat klip video untuk single lagu nasyid dorang ni. yang lagi bangga, semua ni student utm tempat aku studi.



watak aku sobbss sobss sebagai wanita yang buang bayi. kalau ada watak jahat ke hapa aku lah calon yang terbaik dan terunggul di abad ini. oleh kerana aku ni jahat (dalam video klip ni aje okeehh ) aku hampir-hampir kena langgar ngan moto.





so, ni lah first time pengalaman aku kena berlakon ala-ala kena langgar dengan moto betul tapi takde lah excident betul-betul. aku bukan pelakon stunt tu yang main terbang-terbang elak dari kena pisau tu. watak aku hanyalah wanita biasa yang tidak terlepas dari membuat dosa akhirnya memiliki anak luar nikah. astagfilallahhalazim............ <mintak dijauhkan>



pastu yang tak leh lupa, ada lah satu sceen aku kena acting tengah usha anak aku yang dah besar ( dalam umur 6 tahun :rujuk gambar di atas) dekat celah pokok pisang. sekali sebelum direktor jerit action, semut-semut hitam kecik dah merayap dulu naik ke satu badan aku. seksa weeehhh kene gigit dah semut tu kecik-kecik banyak gila geng sekolah dorang.

nilah kru-kru yang terlibat menjayakan klip video tu. yang pakai tudung hitam kat belakang sekali tu juru mekap aku. baru abes satu screen dah periksa make up aku okeh ke tidak. rajin bebenor akak ni ke aku yang tak natural beauty.              > nagis dalam hati sob sobssss <




pape pun kepada anda-anda peminat nasyid kat luar sana, apa salah nya beri support kat team nasyid yang baru nak naik ni dengan like page dorang di 

http://www.facebook.com/VoiceOfMenProduction


trimaaaassss suma.....assalamualaikum  (>.<)v




 

Wednesday, 5 September 2012

akibat tidak minum air putih

assalamualaikum....

'Jah, asal kau tak makan "ubat cap bagus tak kan lupa pape punye dalam peperiksaan" ni? bagus tau untuk otak dan saluran perut kita?' tanya kak nita kepada siti khadijah. jawab siti khadijah, "aku tak perlukan semua itu, yang aku perlukan hanya INI.jeng jeng jeng.........".


AIR PUTIH aka AIR MINERAL

nak gosip sikit, korang pernah tak rasa ngantuk dalam kelas? apaaa? tak pernah? apaaaa? korang merupakan seorang pelajar cemerlang terbilang gemilang tak kan ngantuk dalam kelas punya? oh begitu.... tapi kalau aku normal lah mengantuk dalam kelas, pastu tongkat kepala dengan tangan duk layan lagi ngantuk tu. kalau dah kritikal sangat aku tidur je dalam kelas sambil berbantalkan lengan yang sedikit empuk. perrgghhh........

jangan ikut amalan buruk di atas. kalau nak ikut, ikut amalan orang yang minum air putih kalau dia rasa mengantuk. bagusssss woooo... nak cerita ni. otak ni terdiri hampir semua nya cecair. kalau korang minum air putih, oksigen dalam air tu mengalir lah keseluruh badan termasuk juga otak. otak lepas dah dapat oksigen tu, automatik menjadi cergas tak terkata. 


kalau dah wat jump shoot camni sampai 15 kali tapi tak jadi-jadi, pe lagi pakat ramai-ramai minum air putih.

banyak lagi sebenarnya faedah yang boleh kita dapat dengan minum air putih. aku malas lah nak buat khutbah rabu kat sini memandangkan hari ni hari rabu. k, tata semua dak comelssss....


minum air putih banyak-banyak tau kawang-kawang. tapi jangan terlebih minum pula macam beliau ni. dah kembung perut tak leh nak wat jump shoot lagi... =D


Monday, 3 September 2012

my best friend wedding

assalamualaikum.... >.<

alolololo....rindunya kat blog saya sowang-sowang ni. *ayat kegedikan sedikit je okeh. dah lama tak online dan dah lama tak blogwalking. suka jalan-jalan kat blog koranggggsss pastu baca-baca korang punya entry. pastu suka jugak mengomen dan bertanya itu ini kalau ada perkara yang tak difahami dalam blog korang tu. pastu pastu pastu....... sampai esok asyik pastu jee...

khamis lepas kan, kita ada pegi kelantan sebab best friend kita masa kat mrsm kuala berang dah nak kawinnnn... sediy sikit dia dah nak kawin takut nanti dia dah tak pedulikan kita orang yang still single ni lagi. selfish lettuuww... lepas dah sedih tu konpemlah gembira balik untuk dia. sapa tak nak kawinnnn oii....


ni lah gambar artis yang nak kawin tu. kenal tak? muka berseri-seri manis je tengok macam cokelat ferro ro rosyen tu. *sue, siti mendoakan yang terbaik untuk kamu berdua dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. korang pun kena berdoa sekali.. (ugut  =p )



ni masa khatam quran. first time tengok real orang nak kawin wat majlis macam ni. selalu pegi kenduri makan je pas melantak sampai pitam angkat kaki tinggi-tinggi blah dari tempat kejadian.

  

manghadapi masalah kritikal untuk berposing. perlu lebih bekerja keras mencari idea bernas untuk pose depan kamera pada masa akan datang. eh perlukahhhh?



kawan saya yang paling kanan itu bukan lah menghidapi pakinson seperti yang kalian fikirkan. mungkin beliau nerves sikit untuk bergambar dengan saya.. eerrrkkkk??



gambar kawan satu sekolah yang pegi wedding tu. best sangat berapa tahun dah tak jumpa. majoriti semua tak berubah n maintain baby face gitu..


bye bye byeee.... >.<


Wednesday, 29 August 2012

engineering part

assalamualaikum.......  >.<

pagi semalam lebih kurang dalam pukul 2 pagi aku teman ayah pegi tempat kerja dia kat S.Piah TNB..... wooott wooott oleh kerana aku ni daaakk engineering aku pun buat-buat eksited lah boleh ikut sekali. dalam hati sobs sobs ada taman bayangan katil sahaja. cek nak habaq maiii kat angpa, sebenaqnyaaa kan cek ni tok pernohh pun masuk lab atau buat mana-mana praktikal sal engine ni memandangkan cek tak cukup umoq lagi. *pelajar tahun satu tak boleh masuk lab lagi sebab dia pelajar tahun 1. keciaannn.......



ini bukan kawasan tnb yang cek nak habaq tu. gambar ni waktu cek dengan classmates ada gather sem lepas. antara alasan munasabah cek letak gambar ni sebab cek tak dak gambar waktu kat kawasan TNB tu sebab nya sebab nya sebab tak dok orang nak pegang kamera nak ambik gambar cek. kalau nak harap kan ayahhh.. erkk...erkkk..... *jom sorak ramai-ramai alasan pun tak kukuh..boo booo~



nak sampai ke tempat orang buat lektrik ni kan. cek kena lalu jalan bertar separuh off road separuh. dalam 25km gak la yang off road tu. best woooo macam kita naik kuda terenjut-renjut gitu sehingga mencapai tahap maksimum 90 degree ke'enjut'annya. pastu nak masuk dalam stesen tu, kena redah terowong berbatu ni pulak ada la dalam 1 kilometer setengah. see how hard to be an engineer...... ishhh3..



dah sampai tempat dituju, benda first ayah cari adalah benda di atas. benda ni lah yang tunjuk mesin mana yang bermasalah. kira macam alarm lah. ada tujuh yang bagi warning. saakkkittt lettuwwww cian dorang penat berkerja kot. *dorang yang aku kesian kan adalah untuk mesin-mesin berkenaan.



ni pulak temperature untuk setiap mesin tu. ada yang dah sampai 100 celcius gilaaarrr panas. kalau manusia demam kita bagi koyok jahhh lekat kat kepala tu tapi kalau mesin gi mana cara nya donggg? ciannnn dorang untuk kali kedua.

sebenarnya banyak lagi gambar yang tersimpan indah dalam phone tapi tak tahu nama mesin tu apa sooo kok gi mana maauu diceritakan. gambar ni aku ambik masa tengah BBOSAANN yang AAMMAATT waktu tunggu ayah gosip-gosip ngan security guard. bertuahkan ayah aku, aku tak mengamuk pun sebab bosan tapi cuma snap-snap picturessss je.. =')

sekiannnn.... bye bye korang comel. esok aku akan ke kelantan pegi tengok kawan kawin...sapa takkk nakk kawinnn ooiiii........ 

Monday, 27 August 2012

die hard 4

assalamualaikum...............

malam ini seperti malam-malam biasa. hati memberontak kebosanan menanti detik untuk pulang ke utm. boooo boo penipu. giler nak hitung hari nak kena balik u pastu kena studi, ada kuiz, test suma. tapi seriusly rindu gak nak buat aktiviti semua-semua tu macam best gak. tapi kadang-kadang kau ponteng meeting gak kan mak cik. hahaha tak ape sebab mak cik ni bukan orang penting poon anak oiii.




malam ni hujan bukan main lebat agi tambah kilat menyanyi-nyanyi kat langit nun. aku wat dek je depan desktop pastu sekali ayah tegur ada kain aku sehelai tak terangkat agi depan umah. ya allah, aku pun boleh lupa aku ada basuh baju raya tapi lupa nak angkat petang tadi. terima kasih wahai angah kau pegi angkat suma baju tapi kau tak tolong angkat pun baju along kan. tak pa tak paa along akan ingat peristiwa ni sampai esok. sob sobss..

lepas dah angkat baju, daku meneruskan tugasan daku yang sangat penting iaitu kembali online. sekali tengok takde connection tenet la pulak. daku menangis di dalam hati untuk kali kedua.


saya benci tengok awak. awak boleh tak pergi main jauh-jauh jangan pernah datang lagi kat sini. tak mungkin kita akan kembali bersama. kataku kepada page di atas. sekali ayah cakap 'along jangan online aaa hujan-hujan ni'. aku mengangguk untuk mengelak dari menjadi anak derhaka. dari situ bermula lah satu perjalanan yang penuh kebosanan untuk ku.........


untuk menghilangkan kebosanan yang membuak-buak bak lautan memukul ombak, daku yang rajin ini bertanya kepada angah kalau ada novel english yang boleh dibaca. sekali angah bagi buku di atas ini, daku menjerit-jerit dalam hati. sekali buku literature daaaaa.... untuk pengetahuan umum, daku yang rajin ini memang tidak mempunyai novel LANGSUNG sebab daku memang seorang yang 'RAJIN'. tahu-tahu ajelah maksud rajin yang telah dikomakan di atas.

dah abis belek-belek buku yang angah kasi. daku meneruskan perjalanan dengan duduk di depan desktop menanti connection tiba. sedang menunggu, tiba tiba!! perut pula berkaroeke bak gong yang dipalu. daku pun ke dapur untuk menyetelkan masalah ini. terus daku yang 'TERER MEMASAK' ini merebus fish ball yang terhias indah di dalam refrigerator. ambooi dah pandai speaking pas baca buku literature tadi.



sambil menanti fish ball 4 ketol ni dihabiskan, daku merenung corak seluar yang tengah dipakai. lawa juga bentuk-bentuk daun gitu. kalau buat wallpaper twitter cun jugak ni. lantas kamera di depan mata dicapai dan inilah hasil nya.



itu sahajalah dari daku, sudah penat untuk menaip lagi. jari-jemari lemah dah lama mereka tidak ber'exercise'. sekian tata titi tutu kamu-kamu comels semua. =)

Saturday, 25 August 2012

tutorial shawl satin semudah 1,2,3


assalamualaikum............


1. ambil tudung satin. pinkan kat belakang. bagi sebelah pendek dan sebelah panjang.


2. ambik bahagian yang pendek pinkan kat sebelah opposite sides dari dia.


3. yang belah panjang tu, kalian angkat perlahan-lahan. make sure perlahan-lahan ye =)


4. dan letak kat atas kepala


5. adjust kan dia. letak jarum peniti kiri kanan tudung.
(p/s; mintak maaf tudung agak tak menjadi di situ sebab saya tak letak jarum pape. kemalasan yang melanda...ooohhhh ~)



6. ciapppp!!!!


Wednesday, 22 August 2012

raya 2012

assalamualaikum peepers.. =)



harap tak terlewat, di sini saya dan keluarga ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" dan "MAAF ZAHIR DAN BATIN" untuk sekalian makhluk yang ada di muka bumi ini. maaf, i'm sorry, cowie, dan segala kata ssoooee jika diri yang hina ini ada mengguriskan hati kalian semua. maaf juga kalau diri ini ada mencederakan anggota fizikal kalian semua. rasa-rasa nya belum pernah buat lagi   =)



untuk raya tahun ini, hanya satu word sahaja yang dapat diungkapkan untuk mengambarkan perasaan di hati. EMMOOOO... lalalalla~  =(

raya tahun ini saya sangat la beremosi lebih dan mantap sekali segala sangat (dan segala kata penguat yang lain). sintom-sintom yang dapat dilihat ~ tak mahu pegi beraya rumah orang konon-konon nya, tak mahu keluar rumah langsung niat di hati sahaja, tak angkat kol orang walaupun telah dikol beberapa kali, kadang-kadang tak hirau mesej segala, sikit-sikit nagis sikit-sikit nagis dan mengambil gambar sampai berpaling wajah.



tapi disebabkan beliau ini (cik lemang dan datin rendang), saya gagahkan juaaaa diri ini melangkah pergi berjalan-jalan ke rumah orang. 

keadaan saya ini bukan lah kerana saya baru menemui jalan keputusan kecintaan atau dalam bahasa singkat dipanggil 'break up' sebab cintooo. tapi ini semua sebab saya adalah perempuan dan telah tiba masa saya berkelakuan begitu. *salahkan perempuan pulak.....aduyaaiiii




dengan ini, saya berharap keemoan saya ini cepat hilang dan marilah kita sama-sama membaca surah penenang hati dibawah. semoga kalian-kalian dan saya juga sentiasa ditenang kan hatinya...amin   >.<