Followers

Thursday, 19 July 2012

rakyat malaysia jujur

salam. sebenarnya dah lama nak wat entry pasal ni. tajuk kat atas ni bukan sindiran atau apa-apa yang sewaktu dengannya. ini adalah pendapat aku atas beberapa kejadian yang aku alami sendiri. *mood; serius, muka ketat...


senyuman dalam ketegasan!! mood tetap serius... =)



kejadian pertama;

pada suatu hari, sang kancil dan sang badak air aku pegi pasar malam dekat taman u area utm gak. dengan kegembiraan yang terpancar di wajah sebab nampak banyak makanan + air cendol, aku tak perasan pun aku tercicir my license card ngan bank card. aku sedar pun bila esok nya operator utm col aku and tanya pasal ni. waktu ni la baru nak cuak+cemas+segala kegelisahan terbit dari wajah. rupanya, ada seorang wanita yang sangat baik hati dah kutip lesen n card bank aku yang dah dipijak orang ramai. beliau juga telah bersusah payah cari fon numb aku n sanggup datang utm untuk cari jejak aku. sangat mengharukan  =')  alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki kak (tak ingat nama) dan bahagia selalu. aminn~



*mintak maaf, ini bukan pasar malam seperti yang diceritakan di atas.. =D



kejadian kedua;

aku rasa sesuatu tak kena. ok FINE!.. aku rasa dah 3 hari aku tak ketemu purse aku. cari kat tempat biasa, kat tempat luar biasa pun cari jugak. ok memang SAH!! purse aku hilang. ingat punya ingat, last time aku bertentang mata ngan beliau (purse) kat mcD 3 hari lepas. terus terlompat lompat mintak kawan sejati aku khairani temankan pegi mcD. sampai je memag hati aku kencang giler cam kera kena belacan. takut kottt klu hilang dah la ada IC, matrik card, dan segala benda kejadah yang dianggap penting ada dalam tu.


ini cempedak gergasi, bukan purse yang dicari tu ye adek-adek..   =')



aku cari kelibat muka yang agak-agak aku boleh tanya sal benda ni. tetiba, ada sorang auntie cleaner yang sama aku penah jumpa 3 hari lepas. pas tanya dia.....FUHH!!! alhamdulillah dia ada simpan kan. memang pas tau tu aku nagis wat drama kat mcD tu. segan tak segan memang tak pikir dah. yang aku tau, aku syukur sangat-sangat.



kejadian 3;

masa tu tengah tunggu mia beli mcD. asal mcD agi.? boooo~ belagak.. aku tunggu la kat belakang sekali orang ngah beratur tu. tetiba, aku ada nampak sorang mamat chinese tercicir duit rm1 waktu dia nak sumbat duit dia dalam poket. aku sebagai manusia kental dan tak tergugat dek duit singgit tu terus lambai-lambai kat dia n tunjuk duit dia yang atas lantai tu. keluh dalam hati... fuhh, jujur nya saya. bersyukur dapat buat kebaikan hari tu.



tengah tunggu duit jatuh dari langit. *sigh, kerja yang sia-sia  =p


selepas tu, tak sampai 5 minit kot, aku blah la dari mcD tu nak pegi ke next destination. tetiba, aku terdengar  ada orang tegur orang yang lain sebab orang yang lain tu tercicir duit rm10 atas lantai. dalam hati, wahhh jujur kok rakyat-rakyat malaysia ni. konklusi yang aku boleh buat selama aku hidup 20 tahun ni, klu kita jujur n orang, insyallah orang sekeliling kita jugak akan jujur n kita. salam   >_<


No comments:

Post a Comment